Wednesday, August 24, 2016

Kembara Hamfest Jepun 2016 (Episod I)

Lawatan ke Jepun 18 Aug 2016 - 22 Augsut 2016

Bahagian Pertama.



                                                       
                                                      Di Airport sebelum berlepas ke Haneida Tokyo

Pada asal nya penulis tidak ada perancangan untuk ke Hamfest 2016 di Jepun. Namun oleh kerana teringatkan  beberapa bulan yang lalu berhubung dengan aruah 9M2RDX beliau kata beliau sudah beli tiket untuk ke Ham Fest Jepun ini kerana beliau teruja dan tertarik dengan cerita2 dari 9M2RZL dan 9M2SQL pada tahun lepas salepas mereka pulang dari “Japan Hamfest 2015” 

18 Aug 2016…

Segala persiapan telah dibuat…wang pun sudah di tukar. Call banyak tempat hanya yang murah di satu tempat di KL Central  1000 Yen = RM39.40 kami bertemu di KLIA2 jam 12.00pm … 9M2RZL…9W2WF …9W2TLB  sementara 9W2AEV (Han) berangkat lebih awal dari kami. Kami juga sempat bertemu dengan Ham yang veteran 9M2AR dan 9M2RB mereka juga pertama kali nak melihat Japan Hamfest. Pesawat kami D7 522 (Red Cap 522) berlepas ke Haneida Tokyo jam 1430….dan sampai di Haneida lebih kurang jam 10.40pm waktu tokyo…Kami bergegas untuk manaiki train jam 11.45 kami sempat menaiki train tersebut dan terus ke Nihonbashi , Tokyo…kami sampai di hotel lebih kurang jam 1.00am. Nama hotel kami Hoshikaikan.


19 Aug 2016 










Kami berlepas ke bandar  solat Jumaat di Masjid Camii Tokyo masjid ini letak nya di  Ōyama-chō Shibuya Tokyo. Ini adalah masjid yang terbesar di Tokyo.  Masjid ini dibina pada 12 May 1938, pada tahun  1986 Masjid ini di robohkan akibat bangunan nya tidak selamat di duduki. Pada tahun 1998 ia mula di bina semula dan masjid ini di reka mengikut masjid2 pada masa pemerintahan Uthman di Turki…dan “Marble” di dalam masjid ini di import khas dari Turki. 


Kalau kita berada di dalam masjid ini pembinaan nya amat cantik. Semasa menunggu azan…terlihat ramai orang masuk ke dalam masjid ini….masuk aje kedalam masjid kelihatan ada yang solat sunat tahyatul masjid dan ade juga yang duduk terus…..beberapa minit kemudian kelihatan seorang pemuda dengan berbaju T dan seluar yang betul2 pendek aras paha sahaja….berdiri dan solat sunnat. (di sini saya tidak mahu berbincang tentang solat dengan berseluar pendek…kalau nak cerita mungkin di lain waktu apakah ianya boleh atau tidak?…)Dalam hati dok fikir macam2 satelah melihat beliau solat…..Maka saya anggapkan pemuda dlm linkungan 30han ini baru masuk Islam.



Apa yg penulis fikirkan ketika itu Masya Allah…walaupun lelaki ini baru memeluk islam dan cuba untuk solat walaupun kita lihat ade kecacatan namun beliau berusaha juga untuk solat walaupun berseluar pendek.kalau kita bandingkan ade di luar sana yang langsung tak indahkan solat Jumaat mereka shopping dll. Maka pemuda ini adalah lebih baik lagi di bandingkan mereka2 yang tak solat. Apabila pemuda itu solat lalu datang seorang yang agak lanjut usia nya mungkin umurnya lewat 60han….beliau berdiri di hadapan saya di tangan nya memegang sehelai kain sarung…..mulia nya orang tua ni….selepas pemuda tadi habis bagi salam lalu di hulurnya kain sarung tadi kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya memakai nya….

Perkara ini berlaku di hadapan mata penulis….Apa pengajaran nya? 
  1. Pemuda tersebut berusaha untuk solat Jumaat walaupun terpaksa meninggal kan sesuatu yang di gemarinya.
  2. Se orang tua yg lanjut usia membantu menghulurkan kain sarung kepada pemuda tersebut. 

Kalau di sini kalau kita lihat seorang pemuda yang solat pakai seluar pendek yang benar2 singkat.yang tidak melepasi lutut apa pandangan anda?? Jawapan nya pasti kita akan cepat menjatuhkan hukuman.

Selepas itu kami terus ke JARL office. Kami sempat merakamkan gambar di Pejabat JARL. Oleh kerana ke esokan hari nya Hamfest maka ramai antara pegawai yang bertugas di JARIL sudah berada di “Big Sight” tempat berlangsung nya Hamfest tersebut.





                                             Bersama rakan-rakan di JARL. 



Selepas melawat JARL office kami terus ke Akihabara…pusat  penjualan barang2 Elektrik dan Elektronik. Boleh kelabu mata tengok barang2 di sini.
















20 AUGUST 2016

Kami bergerak agak lewat sedikit dari hotel ke Tapak Hamfest di Big Sight kami sampai di Big Sight dalam jam 11.00am dalam perjalanan nampak seorang  “Mat Salleh” dari Jerman….lalu kami menegur beliau di station kretapi beliau bertanya bagaimana hendak ke BIg Sight lalu beliau bersama kami ke Big Sight…..Sampai di Bigsight kelihatan masih ramai lagi orang beratur membeli tiket masuk….Satelah membeli tiket kami terus masuk melalui pintu kedua..bukan pintu utama ini kerana kami ingin melihat barangan terpakai dan juga parts-parts yang terpakai…antenna homebrew dan lain-lain lagi.  







Dari pandangan mata kasar kami dapati Hamfest kali ini lebih ramai orang mengunjungi nya di bandingkan dengan tahun2 yang lepas. Pada petang hari kami terus beredar dari Big Sight dan terus ke Akihabara/ Ueno….di sana sempat kami singgah di kedai kebab dan tapau kebab Turki ke hotel.

Bersambung.................








No comments:

Post a Comment