Sunday, August 10, 2008

1952 - 2008 APAKAH PENCAPAIAN KITA?





1952 – 2008 APAKAH PENCAPAIAN KITA?

Sempena bulan kemerdekaan. Saya ingin membawa anda dulu...kini dan akan datang.......
Kita semua tahu Radio amatur telah mula bertapak di negara ini sejak awal 1928 lagi. Pada 1947 Persatuan Radio Amatur Perak diujudkan dan pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society didaftarkan.
Pada hari ini kita dengar ada setengah pihak yang melaungkan kami telah lama bertapak disini sejak tahun 1952 lagi. Kami juga di iktiraf oleh pihak IARU sementara yang lain-lain itu tidak. Kalau sekadar hanya melaungkan cogan kata kami diiktiraf namun jika tidak ada perancangan dan pembaikan maka apalah ertinya pengiktirafan itu.

Apa kah dengan mengatakan atau melaungkan ini kita semua sudah merdeka kita kena lihat apakah yang telah berlaku sepanjang tempoh tersebut kalau saya tanya siapa kah orang yang bertanggung jawab membawa organisasi tersebut ke IARU siapa yang tahu? Sebelum kita melakukan sesuatu perkara kita harus mengenal sendiri diri kita dan mempelajari sejarah penubuhannya dari orang-orang yang berpengalaman. Kemana arah tuju kita? Adakah kita sudah selesa dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Permohonan Lesen Kelas B di buat seawal tahun 90han satelah naik turun beberapa kali berunding dengan pihak atasan akhir nya Lesen Kelas B diluluskan. Lesen Kelas B mula di perkenalkan pada Jun tahun 1997. Walaubagaimanapun Kelas B pada ketika itu hanya dibenarkan menggunakan frequency 144Mhz dengan kuasa pancaran sebanyak 10 Watts sahaja. Pada hari ini 9Ws boleh bekerja di :
28Mhz, 50Mhz, 144Mhz dan 440Mhz sedangkan kita lihat negara-negara maju yang lain sudah maju kehadapan. Adakah kita ingin melihat jiran tentangga kita maju kehadapan namun kita masih lagi di takuk yang lama. Dengan kehadiran internet di seluruh pelusuk negara sudah pastinya orang lebih selesa denganya mengapa susah-susah mengmbil ujian RAE. Saya percaya jika kita semua tidak mengmbil langkah-langkah tertentu perkembangan Radio Amatur di negara akan menjadi malap dan kabur. Kita harus peka dengan apa yang berlaku di luar negara.
Kita faham kemungkinan besar yang menarajui sesuatu organisasi mempunyai sedikit pengalaman dan pengetahuan. Saya sendiri telah mengesyorkan agar organisasi berkenaan membina satu badan penasihat”advisory council” tujuannya ialah untuk menasihat pihak pentadbiran persatuan berkenaan. Namun amat malang sekali sehingga kesaat ini perkara ini tidak di praktikan.

Mengapa kita semua (semua organisasi Radio Amatur) tidak mengambil langkah-langkah tertentu saperti contoh dibawah ini:
1. Bagi pemegang AA 9Ws selama 2 tahun keatas. Di berikan pengetahuan SOP dan practical bagaimana menggunakan alat HF selama satu atau dua hari satelah itu benarkan mereka-meraka ini menggunakan frequency 1.8Mhz , 3.700Mhz dan juga 7Mhz.
2. Yuran pendaftaran untuk mendapatkan AA sebanyak RM60.00 di mansuhkan.
3. Yuran RM36 untuk AA Kelas A diturunkan menjadi RM10.00
4. Yuran RM24 untuk AA Kelas B diturunkan menjadi RM5.00
5. Sementara warga emas hanya perlu dikenakan sekali sahaja Yuran pendaftaran dalam seumur hidup. Yuran pendaftaran sebanyak RM10.00
6. Mengesyokan kepada pihak berkuasa agar diberikan ”Grant” kepada persatuan-persatuan radio bagi pembangunan ( ”development”) Radio Amatur dinegara kita.
7. Mengesyorkan agar ujian RAE dijalankan dengan cara yang lebih mudah ia itu. Sesiapa juga yang ingin mengmbil ujian sesudah mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SKMM. Beliau hanya perlu pergi kemana-mana pejabat SKMM disana ada beberapa komputer khas untuk ujian RAE dan mereka boleh mendudukinya secara terus. Perkara ini telah di praktikan di beberapa buah negara.
8. Mengesyorkan agar pembahruan AA dilakukan secara online. Hari ini kita hidup dizaman ”MULTIMEDIA” namapun Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia maka amat tepatlah jika sekiranya perkara ini dilaksanakan.

Perkara-perkara ini telah saya syorkan secara bertulis kepada pihak SKMM pada Februari 2005 dan saya sekali lagi mengajukan perkara yang sama pada Ogos tahun 2008 melalui perjumpaan rasmi dengan pihak berkuasa SKMM. Saya harap pihak yang menarajui mana-mana persatuan supaya tampil kehadapan dan buat sesuatu bagi memajukan industri Radio Amatur di negara kita. Tahukah anda semua Negara-negara maju yang lain contohnya US dan UK fees untuk lesen radio amatur telah dimansuhkan. Telah bertahun-tahun saya laungkan perkara ini namun saya amat kecewa sekali tidak ada sokongan dari badan yang lain sementara pihak berkuasa pula tidak proaktif dalam hal ini. Apa yang saya lakukan bukan untuk diri saya atau untuk satu organisasi sahaja namun ianya untuk kebaikan semua warga HAM di negara ini. Wahai warga-warga Ham yang menerajui sesuatu organisasi bangun lah dari tidur ANDA!!!!
Tujuan saya menulis diruangan ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa tapi hanyalah satu cadangan dan pandangan. Mungkin ada diantara anda tidak setuju dengan pandangan saya ini namun kita semua bebas memberi pandangan yang produktif untuk kebaikan kita semua. Saya memohon maaf jika terkasar bahasa.....
Buat lah sesuatu untuk semua warga Ham di negara ini. Marilah kita semua bersatu dan buatlah sesuatu yang produktif........

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Mungkin rakan ham yang menerajui organisasi tak sedar la kot apa peranan mereka. Aptau pun mereka sedar bahawa ham radio ni tak boleh nak generate income mereka. Tu yang buat-buat tak tau tu.

    ReplyDelete
  2. Salam bang aziz,

    Mungkin tidak pernah ketemu. Saya menyokong apa yang anda katakan. Hampir 6 tahun saya tinggalkan amateur radio kerana JEMU. Jemu dengan 2 meter, jemu dengan banda yang sama saja. Namun bila saya kembali , 9w2 dah bole guna 10 dan 6 meter. Tu yang saya rancak balik.

    Namun persatuan..minda ham..masih takuk lama. Masih ortodok..masih macam tu jaa..yang 9w2xxx baru nihhh..tengok benda benda hf macam tikus tengok besi...kesian sungguh...nak bergantung di repeater jaaa..

    Hmmm..kami teruskan minat ni dengan 10 meter..mengajak rakan2 baru...kalau nak harap persatuan...sampai kesudah asyik dengan masalah. Kami nak main radio bukan nak main persatuan bang aziz...

    Teruskan usaha anda ini..bagi saya, kami akan turut serta juga mengambil beberapa testimonial atau proposal tertentu bagi memberi sokongan ini..

    73..dan jumpa lagi

    9w2di

    ReplyDelete
  3. Kalau kita hanya ingin bermain radio silakan tiada siapa yang akan menghalang.....sebab kita selesa dengan pa yang kita buat. Persatuan bukanlah untuk tujuan peribadi akan tetapi satu plateform untuk menjalakan aktiviti2 mengikut tujuan atau objektif penebuhan nya. Terpulang pada individu utk menjadi ahli atau tidak. Ada ketika nya kita mempunyai masalah yg perlu diajukan kepada pihak berkuasa ada ketikanya aduan sebagai seorang individu tidak dilayan olek pihak berkuasa oleh yang demikian perlu ada persatuan kerana suara dari persatuan lebih kuat dibandingkan dengan suara individu.....walaubagaimanapun terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai...Kalau seseorang itu suka untuk berkomunikasi sahaja itu pilihan beliau akan tetapi ada individu yang mau lebih dari itu....

    ReplyDelete
  4. Salam...satu perkara lagi lagi banyak antara kita yang hanya pandai memberi komen..dan complian ini tak betul itu tak betul namun berapa ramai yang benar2 tampil kehadapan untuk membantu. Akan tetapi ramai yang tidak tahu atas kehadiran beberapa rakan ham yang PERIHATIN maka ujudlah lah 9Ws dll. Kita harus menilai sesuatu itu dengan akal dan fikiran kita. Saperti di dalam Quraan menyebut aku jadikan manusia sebaik makhluk aku jadi kan mereka dengan akal supaya mereka berfikir...jadi kta harus sama-sama membantu untuk kesejahteraan semua pihak..apa yang kita lakukan bukan lah untuk keseronokan peribadi..

    ReplyDelete